KEHILANGAN sahabat seperjuangan pastinya menimbulkan kesan sangat mendalam buat sesiapa sahaja yang pernah melaluinya.
Begitu jugalah yang dirasai anggota kumpulan nasyid, Inteam selepas pemergian sahabat baik mereka, Allahyarham Suhaimi Saad pada 15 November lalu.
Pemergian Allahyarham yang merupakan bekas anggota Inteam sejak ditubuhkan sehingga 2005 pada usia yang muda telah mengejutkan peminat industri muzik tanahair.
"Pemergian Allahyarham boleh dikatakan agak mengejut kerana arwah tidak sakit lama, hanya dalam tempoh lebih kurang tiga bulan.
"Kami sendiri sempat menziarahi arwah di Johor ketika sakit beberapa minggu sebelum dijemput pulang menghadap Illahi" ujar Syahril, selaku ketua kumpulan Inteam.
Justeru sebagai tanda penghargaan, Inteam melancarkan single berjudul Harum Setangkai Doa sebagai dedikasi buat Allahyarham Suhaimi.
"Lagu ini telah mendapat respons positif dari peminat yang rata-ratanya menulis komen menyatakan sedih dan menangis apabila mendengar lagu tersebut.
"Lagu ciptaan Frizdan dan lirik oleh Ito Lara ini telah dilancarkan pada 5 Januari lalu di saluran YouTube Inteam Digital," jelasnya.
Sementara itu, mengimbau semula momen sukar pemergian Allahyarham Suhaimi, salah seorang anggota Inteam, Abdul Rahim meluahkan rasa syukur kerana sempat berbakti buat kali terakhir.
"Walaupun sedih, kami reda dengan pemergian sahabat kami dan bersyukur kerana selepas kematian Allahyarham banyak cerita-cerita dan pesanan kebaikannya disebarkan oleh masyarakat. Semoga ia menjadi pahala jariah buat arwah.
"Kami juga rasa terharu kerana diberi keizinan oleh keluarga Allahyarham untuk memandikan dan menguruskan jenazah almarhum sehinggalah selesai proses pengebumian," katanya.
Bagi Hazamin pula, meskipun tidak berpeluang menatap wajah Allahyarham buat kali terakhir kerana berada di Makkah, dia mengambil kesempatan yang ada menunaikan ibadah umrah badal untuk Allahyarham sebagai hadiah terakhir.
"Sewaktu menerima berita kematiannya, saya sedang berada di dalam keretapi laju dari Madinah menuju ke Makkah untuk menunaikan umrah.
"Tanpa sedar air mata mengalir membasahi pipi bila mengenangkan kenangan-kenangan sewaktu bersama almarhum dulu" kongsinya yang merupakan sahabat Suhaimi sejak dari sekolah menengah lagi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 11 2024
Single berkenaan mendapat respons positif daripada peminat. - Foto Sinar Harian
Badminton Terbuka Thailand: Zii Jia mara ke suku akhir
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menepati ramalan apabila menempah slot suku akhir Terbuka Thailand 2024.
Siapkan segera trek BMX Bukit Siol - Abdul Karim
Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah meminta kontraktor bagi projek trek BMX Bukit SIol untuk segera menyiaokannya bagi memudahkan atlet Sarawak berlatih bagi menghadapi SUKMA 2024.
KPM sambut baik Sarawak rangka ujian ganti UPSR
KPM sambut baik hasrat kerajaan negeri Sarawak yang bercadang merangka sistem penilaian sendiri bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid Tahun Enam di semua sekolah di negeri itu.
Kastam Sarawak rampas rokok, minuman keras RM2.41 juta di Bintulu
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas minuman keras yang disyaki tidak berkastam dianggarkan bernilai RM2,414,784.30 termasuk duti dan cukai di Bintulu pada Jumaat lalu.
Jangan percaya orang tak dikenali - Flovia Ng
Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah memberi peringatan kepada remaja khususnya kanak-kanak bawah umur agar tidak percaya kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali. Ia susulan tiga remaja di Ranau, bertindak tidak balik ke rumah kerana mahu ke Sandakan untuk mencari kerja bagi membeli telefon pintar.
Sektor Pontianak-Kuching perlu dihidupkan kembali
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah
Enam lagi lebuh raya setuju laksana pembayaran tol terbuka
Enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) bermula September ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Penumpang keluar masuk di LTAK melebihi kapasiti
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyambut baik hasrat Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg agar sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu didirikan di wilayah itu
Kami janji bawa balik Piala FA ke Old Trafford - Erik ten Hag
Manchester United akan beri segalanya di Final Piala FA menentang Manchester City pada 25 Mei ini.
Isu kenaikan gaji penjawat awam antara dibincang
Isu kenaikan gaji penjawat awam seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi antara perkara dibincangkan dalam pertemuan antara Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji dan Presiden Cuepacs, Datuk Adnan.
Harum Setangkai Doa dedikasi Inteam buat Suhaimi Saad
Pemergian Allahyarham pada usia yang muda telah mengejutkan peminat industri muzik tanahair.
'Rasa hilang semuanya' - Putus cinta dan kematian sahabat baik punca Dana 'menggemuk'
Sedihnya... Hilang dua orang sekaligus.